Apa Pandangan Anda?

Barangkali ini pos paling ringkas dari saya. Ingin saya bertanyakan pendapat anda semua sebagai pengunjung FaisalKomputer.com.

Jika anda perhatikan di sudut “Shoutmix” FaisalKomputer terdapat permintaan dari seorang pengunjung untuk meminjam artikel-artikel dari FaisalKomputer untuk dimuatkan kedalam blognya.

Dan saya mengizinkannnya.

Persoalannya, adakah wajar saya membenarkan seseorang mengambil bulat-bulat artikel-artikel saya atau tidak wajar sama sekali untuk saya membiarkannya?

Apakah akan memberi kesan postif atau negatif terhadap blog atau diri saya?

Apakah etika-etika yang sepatutnya untuk seseorang menggunakan artikel atau bahan dari pihak lain untuk dimuatkan kedalam blog sendiri?

Ada sesiapa boleh tolong menjawabnnya?

Tahukah Anda Apa Yang Dicari Oleh Pengguna Internet??

Apabila seseorang itu merancang untuk membina laman sesawang (web) atau sebuah blog, tidak dapat tidak dia akan memikirkan “adakah akan ada orang baca” laman web atau blog yang dibangunkan.

Bagi yang rajin sudah pasti akan membuat kajian atau soal selidik tentang sesuatu topik, tema atau niche (sebagaimana yang selalu disebut). Bagi yang kurang rajin, macam saya…bak kata Nadia AF6 tue..”Redah Aje!!”.

Ok, adakah anda tahu apa yang dicari oleh pengguna-pengguna internet setiap kali online?

Kita barangkali sudah pasti tahu orang ramai menggunakan internet untuk mencari informasi. Tapi adakah kita pasti? Apakah bentuk informasi yang dicari? Atau adakah pengguna internet hanya melayari tanpa hala tuju dan berharap agar menemui sesuatu yang berfeadah dan berinformasi?

Yang Sebenarnya…

Apabila seseorang itu mnggunakan internet, yang sebenarnya dia mencari dengan ada sebab dan tujuan. Bukan sekadar melayar tanpa hala tuju. Tidak seperti anggapan kebanyakkan orang bahwa pengguna internet sekadar mencari hiburan tak berfaedah…faktanya pengguna internet lebih bijak dan tahu untuk memanfaatkan internet.

Terdapat dua dua kajian terkini yang dilakukan oleh Zatso dan Pew Research Center yang membuktikan orang ramai melayari internet dengan satu matlamat dan buka sebarangan. Dua tujuan utama adalah informasi dan komunikasi.

Kajian Zatso mendapati mencari sumber berita online (yang berbeza dari berita traditional seperti akhbar, tv, dan majalah) adalah yang kedua paling popular selepas penggunaan email. 75% daripada responden yang terlibat menyatakan mereka mencari berita dan mahukan berita yang bebas dan tidak dikawal mana-mana pihak dengan anggapan mereka mampu menentukan sendiri jenis berita yang patut dan ingin dibaca.

Sementara Pew Research Center menyatakan pengguna internet merasakan mereka lebih akrab dan rapat terhadap rakan dan keluarga kerana penggunaan email berbanding mereka yang tidak menggunakan email.

Jika tidak menggunakan email, 75% daripada 3500 responden yang terlibat menyatakan bahwa mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan hobi atau produk yang mereka sukai. 64% melawat laman web percutian, 50% melawat laman web pendidikan atau kajian, dan 54% mencari maklumat tentang perubatan dan kesihatan.

Jadi bolehlah disimpulkan disini bahwa pengguna internet mencari maklumat khusus yang berkaitan diri dan kepentingan mereka berbanding sekadar untuk berhibur di internet. Bagi internet marketer ini menunjukkan aspek-aspek hiburan seperti audio, video, banner yang menggunakan flash dan sebagainya..kurang menarik perhatian atau memberi kesan kepada pengguna-pengguna  internet kerana yang penting bagi mereka adalah informasi yang dapat memenuhi objektif mereka semasa menggunakan internet.

Rujukan: http://www.entrepreneur.com

Mengapa Anda Perlukan Web Hosting?

Baru-baru ini seorang kawan telah datang berjumpa saya dan bertanyakan tentang internet marketing dan blogging.  Saya ketika itu berpeluang bercerita serba sedikit tentang 2 perkara tersebut. Antara lainnya saya memperkatakan tentang WEB HOSTING…dan dia terpingga-pingga. 

Mungkin anda pun tidak tahu tentang web hosting? Atau barangkali baru pertama kali mendengarnya? 

Mungkin anda juga tertanya-tanya pentingkah web hosting?

Jadi saya ceritakan serba sedikit tentang web hosting untuk anda fahami.

Web Hosting service adalah perkhidmatan dimana anda atau organisasi anda dapat meletakkan data-data laman web anda agar ianya boleh di ‘access’ oleh orang ramai melalui world wide web .

Jika anda ingin mempunyai laman web, anda perlu memiliki web hosting untuk menyebarkan laman web anda. Me-reka saja laman web tanpa meletakkan web anda di web hosting tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda dan web rekaan anda. Kerana tiada siapa dapat membacanya di internet.

Kebiasaannya, server web hosting di miliki oleh syarikat-syarikat dan perniagaan dan jarang sekali di beli oleh individu kerana harganya amat mahal dan rumit untuk di uruskan.

Kebanyakkan pemilik laman web dan blog menggunakan web hosting yang disediakan oleh pihak lain dengan kadar bayaran tertentu. Seperti anda menyewa sebuah pejabat untuk menyimpan barang-barang anda.

Mengapa anda perlukan web hosting berbayar?

Walaupun terdapat web hosting percuma yang disediakan oleh syarikat-syarikat lain seperti  Yahoo Geocities dan Blogger.com, tetapi masih terdapat berjuta-juta pemilik laman web menggunakan web hosting dan domain berbayar. Mengapa?

Ini kerana beberapa faktor.

  1. Professionalism dan kredibiliti. Anda nampak profesional, berkredibiliti dan serius dalam mengendalikan web atau blog anda dan perniagaan anda (sekiranya web anda adalah web perniagaan/syarikat).
  2. Web hosting percuma biasanya ada timbal balik. Sebagai contoh, kerana jasa baik pihak penyedia web hosting membenarkan anda menggunakan khidmat mereka secara percuma…maka anda  perlu membalas jasa mereka ini dengan meletakkan iklan-iklan tertentu yang ditetapkan mereka. Dan anda juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan mereka. Bermakna anda tidak bebas dan fleksible dalam mengendalikan laman web anda.
  3. Sesetengah web hosting percuma menghadkan jumlah data yang boleh disimpan di server mereka. Tetapi jika anda menyewa sendiri web hosting, anda boleh menentukan sendiri jumlah ruang simpanan data yang anda inginkan. Biasanya bayaran adalah mengikut kadar ruang simpanan data anda.

Saya sendiri menggunakan web hosting berbayar dan membeli domain name sendiri atas ‘nasihat’ pakar-pakar IM dan blogger ( melalui blog mereka yang saya sering baca).

Jadi sekarang anda dapat gambaran tentang keperluan memiliki web hosting sendiri. Sekarang barangkali anda bertanya di mana ingin mencari penyedia web hosting untuk laman web/blog anda?

Baiklah. Terdapat sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini yang saya rasakan barangkali anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan khidmat mereka iaitu IPSERVER ONE.

IPSERVER ONE adalah penyedia web hosting yang berkredibiliti dan sentiasa memastikan keselamatan data-data pelanggan. Ia tersalah melalui pelanggan-pelanggan yang ia sedia ada seperti  syarikat-syarikat besar  antaranya Petronas, Suzuki, Advertlets, Lowyat.net, dan Fuji Xerox.

Dengan bayaran serendah RM149 setahun anda boleh menyewa ruang untuk simpanan data-data laman web anda tanpa rasa risau dan gusar akan keselamatan data laman web.

Perlu anda fahami walaupun terdapat penyedia web hosting lain yang barangkali menyediakan harga lebih murah…anda perlu berhati-hati kerana kadang-kala ia tidak memenuhi keperluan laman web anda dan tidak menjamin keselamatan data-data laman web anda.

Apa yang menarik dengan IPSERVER ONE ini ialah anda boleh mendapat bantuan teknikal dari mereka 24 jam sehari 7 hari seminggu dan dari pakar-pakar yang mereka miliki. Jadi anda tidak perlu terpingga-pingga jika menghadapi masalah ketika mengendalikan laman web anda.

Antara perkhidmatana lain yang berkaitan web hosting yang disediakan oleh IPSERVER ONE ini adalah DEDICATED WEB HOSTING dan CO-LOCATION SERVICE.

Dedicated Web Hosting adalah perkhidmatan di mana anda menyewa sebuah server khusus untuk anda dari IPSERVER ONE. Melalui cara ini anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadapa server yang disewa dan perlu menguruskan sendiri serta menjaga sendiri keselamatan server  terbabit.Dedicated Web Hosting ini sesuai untuk industri kecil dan sederhana.

CO-LOCATION pula adalah perkhidmatan di mana anda atau syarikat  anda yang memiliki server sendiri boleh mendapatkan khidmat IPSERVER ONE untuk mengurus dan memastikan keselamatan data-data di dalam server milik anda.

Jadi saya berharap apa yang dipaparkan di artikel ini dapat membantu anda memahami serba sedikit tentang web hosting dan IPSERVER ONE (penyedia web hosting yang pantas, berkredibiliti dan menyakinkan).

Apa Nak Jual? : Teruskan Berfikir!!

Di akui banyak di kalangan kita yang ingin memulakan perniagaan, buntu untuk memilih produk/khidmat yang boleh ditawarkan sebagai bisnes mereka. Banyak faktor yang barangkali menyebabkan bakal-bakal usahawan kebuntuan mencari “the right product” yang mampu dibangunkan dan dijadikan sumber pendapatan.

Antara faktor-faktor kegagalan menentukan produk dan perkhidmatan ini adalah kurangnya keyakinan terhadap kemampuan menghasilkan/memasarkan produk/khidmat yang ingin ditawarkan, kekurangan kemahiran, kekurangan modal, atau langsung disebabkan kekurangan idea barangkali kerana kurangnya memperuntukkan masa dan fokus untuk berfikir.

Jadi bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah dalam menentukan produk atau perkhidmatan yang boleh ditawarkan sebagai satu perniagaan?

Kalau dulu ketika menuntut di Universiti sebagai pelajar Periklanan, saya diajar untuk menggunakan SWOT ANALYSIS dalam menentukan kekuatan, kelemahan atau potensi sesuatu produk atau perniagaan. SWOT adalah dari ringkasan;

  • Strengths
  • Weakness
  • Opportunities
  • Threats

Untuk kaedah menggunakan SWOT ANALYSIS ini anda bolehlah rujuk di sini.

Tetapi itu jika anda telah mengenalpasti beberapa pilihan produk/perkhidmatan yang ingin diniagakan. Tetapi bagaimana jika anda langsung tiada idea?

Dalam artikel saya yang terdahulu, ada saya terangkan sedikit tentang penggunaan PETA MINDA. Peta minda adalah satu teknik yang boleh anda gunakan untuk menjana satu idea ke idea yang lain sehingga anda dapat mengenalpasti masalah dan mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Namun jika anda rasakan Peta Minda juga memeningkan kepala anda kerana menjaring dari satu titik ke titik lain, mungkin anda boleh pertimbangkan 29 soalan yang digunakan oleh Brian Tracy dari Entrepreneur.com.

Beliau telah merumuskan satu cara yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja..cuma yang diperlukan adalah…Berfikir (untuk dengan menjawab soalan-soalan tersebut).

Beliau membahagiakan 29 soalan tersebut kepada beberapa kumpulan iaitu;

  • 7 soalan untuk Self-analysis (Penilaian Diri)
  • 4 soalan untuk customer’s point of view  (dari sudut pandangan pelanggan)
  • 3 soalan untuk soalan dari ‘kaca mata pakar konsultan’
  • 9 soalan untuk potensi produk atau perkhidmatan yang dipilih
  • 5 soalan untuk soalan tambahan.
  • 1 soalan untuk ditanya kepada diri sendiri adakah produk/khidmat yang ingin diniagakan benar-benar sesuari untuk diri sendiri.

Jadi sekiranya anda dalam kategori yang masih kebuntuan mencari idea bisnes paling sesuai untuk anda memulakan karier sebagai seorang usahawan, diharap paparan ini dapat membantu anda..sekurang-kurangya untuk terus berfikir..dan berfikir hingga anda benar-benar yakin.

Langgan Faisal Komputer Ke Email Anda

Adbizzy.com iklan duit dari internet

Rahsia Usahawan Internet?

Saudara Ammar Zahar telah menerbitkan satu report tentang Rahsia Usahawan Internet yang mana anda boleh mendownloadnya secara percuma di PerniagaanInternet.com.

Jika anda sudah terbiasa dengan blogosphere Malaysia sudah pasti anda mengenali beberapa nama besar seperti saudara SmartZul, Shuth, Amirol Zolkifli, dan Abooain. Mereka ini adalah sebilangan IM yang terlibat dalam membongkar rahsia kejayaan masing-masing di dalam report Rahsia Usahawan Internet ini. Ramai lagi yang terlibat tetapi cukup saya nyatakan beberapa nama besar ini.

Sekiranya anda ingin mengetahui rahsia-rahsia IM ini…jangan tunggu lagi, segeralah download report saudara Ammar Zahar ini. Tak perlu bayar pun, download percuma saja! Manalah tau…selepas ini anda pula bakal menjadi The Next Top Blogger!!

RSS for Posts RSS for Comments