Baru-baru ini seorang kawan telah datang berjumpa saya dan bertanyakan tentang internet marketing dan blogging. Saya ketika itu berpeluang bercerita serba sedikit tentang 2 perkara tersebut. Antara lainnya saya memperkatakan tentang WEB HOSTING…dan dia terpingga-pingga.
Mungkin anda pun tidak tahu tentang web hosting? Atau barangkali baru pertama kali mendengarnya?
Mungkin anda juga tertanya-tanya pentingkah web hosting?
Jadi saya ceritakan serba sedikit tentang web hosting untuk anda fahami.
Web Hosting service adalah perkhidmatan dimana anda atau organisasi anda dapat meletakkan data-data laman web anda agar ianya boleh di ‘access’ oleh orang ramai melalui world wide web .
Jika anda ingin mempunyai laman web, anda perlu memiliki web hosting untuk menyebarkan laman web anda. Me-reka saja laman web tanpa meletakkan web anda di web hosting tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda dan web rekaan anda. Kerana tiada siapa dapat membacanya di internet.
Kebiasaannya, server web hosting di miliki oleh syarikat-syarikat dan perniagaan dan jarang sekali di beli oleh individu kerana harganya amat mahal dan rumit untuk di uruskan.
Kebanyakkan pemilik laman web dan blog menggunakan web hosting yang disediakan oleh pihak lain dengan kadar bayaran tertentu. Seperti anda menyewa sebuah pejabat untuk menyimpan barang-barang anda.
Mengapa anda perlukan web hosting berbayar?
Walaupun terdapat web hosting percuma yang disediakan oleh syarikat-syarikat lain seperti Yahoo Geocities dan Blogger.com, tetapi masih terdapat berjuta-juta pemilik laman web menggunakan web hosting dan domain berbayar. Mengapa?
Ini kerana beberapa faktor.
- Professionalism dan kredibiliti. Anda nampak profesional, berkredibiliti dan serius dalam mengendalikan web atau blog anda dan perniagaan anda (sekiranya web anda adalah web perniagaan/syarikat).
- Web hosting percuma biasanya ada timbal balik. Sebagai contoh, kerana jasa baik pihak penyedia web hosting membenarkan anda menggunakan khidmat mereka secara percuma…maka anda perlu membalas jasa mereka ini dengan meletakkan iklan-iklan tertentu yang ditetapkan mereka. Dan anda juga tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan mereka. Bermakna anda tidak bebas dan fleksible dalam mengendalikan laman web anda.
- Sesetengah web hosting percuma menghadkan jumlah data yang boleh disimpan di server mereka. Tetapi jika anda menyewa sendiri web hosting, anda boleh menentukan sendiri jumlah ruang simpanan data yang anda inginkan. Biasanya bayaran adalah mengikut kadar ruang simpanan data anda.
Saya sendiri menggunakan web hosting berbayar dan membeli domain name sendiri atas ‘nasihat’ pakar-pakar IM dan blogger ( melalui blog mereka yang saya sering baca).
Jadi sekarang anda dapat gambaran tentang keperluan memiliki web hosting sendiri. Sekarang barangkali anda bertanya di mana ingin mencari penyedia web hosting untuk laman web/blog anda?
Baiklah. Terdapat sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini yang saya rasakan barangkali anda boleh pertimbangkan untuk menggunakan khidmat mereka iaitu IPSERVER ONE.
IPSERVER ONE adalah penyedia web hosting yang berkredibiliti dan sentiasa memastikan keselamatan data-data pelanggan. Ia tersalah melalui pelanggan-pelanggan yang ia sedia ada seperti syarikat-syarikat besar antaranya Petronas, Suzuki, Advertlets, Lowyat.net, dan Fuji Xerox.
Dengan bayaran serendah RM149 setahun anda boleh menyewa ruang untuk simpanan data-data laman web anda tanpa rasa risau dan gusar akan keselamatan data laman web.
Perlu anda fahami walaupun terdapat penyedia web hosting lain yang barangkali menyediakan harga lebih murah…anda perlu berhati-hati kerana kadang-kala ia tidak memenuhi keperluan laman web anda dan tidak menjamin keselamatan data-data laman web anda.
Apa yang menarik dengan IPSERVER ONE ini ialah anda boleh mendapat bantuan teknikal dari mereka 24 jam sehari 7 hari seminggu dan dari pakar-pakar yang mereka miliki. Jadi anda tidak perlu terpingga-pingga jika menghadapi masalah ketika mengendalikan laman web anda.

Antara perkhidmatana lain yang berkaitan web hosting yang disediakan oleh IPSERVER ONE ini adalah DEDICATED WEB HOSTING dan CO-LOCATION SERVICE.
Dedicated Web Hosting adalah perkhidmatan di mana anda menyewa sebuah server khusus untuk anda dari IPSERVER ONE. Melalui cara ini anda mempunyai kawalan sepenuhnya terhadapa server yang disewa dan perlu menguruskan sendiri serta menjaga sendiri keselamatan server terbabit.Dedicated Web Hosting ini sesuai untuk industri kecil dan sederhana.
CO-LOCATION pula adalah perkhidmatan di mana anda atau syarikat anda yang memiliki server sendiri boleh mendapatkan khidmat IPSERVER ONE untuk mengurus dan memastikan keselamatan data-data di dalam server milik anda.
Jadi saya berharap apa yang dipaparkan di artikel ini dapat membantu anda memahami serba sedikit tentang web hosting dan IPSERVER ONE (penyedia web hosting yang pantas, berkredibiliti dan menyakinkan).





.gif)



